SadLife 2012

Assalamualaikum.......

Saje nak luahkan apa yang aku rasa. Act, aku tanak terlalu bermain dengan perasaan niy. Aku tanak benda yang sama jadi dalam hidupp aku. Sebelum-2 ni aku rasa ape yang aku rasa skrng. Aku resah gelisah, badan mengigil.... and yang paling takboleh tahan sekali kelopak mata kiri aku berdenyut-2 sampai aku jadi tak selesa. Serious talk, memang rasa tak sedap hati langsung. Ada je benda tak kena . Aku menangis teresak-2 sedangkan takde benda yang sedih pun. Sumpah! After nangis, aku tertanya-2 knp aku nangis. 

Ramai kata if kelopak mata kiri berdenyut-2 benda buruk nak jadi. Aku bukan nak percaya ke apa. Sekarang memang betul. Kelopak mata aku terus menerus berdenyut.

 Last year [1/2/2012 hari jumaat] dalam kelas, badan aku mengigil. Mata berdenyut-2. Aku mmg tak sedap hati . Aku tak sabar sangat nak balik . Yang paling pelik , tengah bawak-2 motor boleh tetiba mati and then hidup balik :/ Dalam hti aku kata, macam ada benda nak jadi niyy . Malam tu , aku dgr lgu dalam bilik and cuba nak tenangkan fikiran. Aku dengar orang menjerit-2 , menangis-2 macam orang gila kat depan rumah aku. And bila aku keluar semua dah menangis-2 . Aku taktahu apa-2 . Bila aku tanya kakak sedara aku , dia kata ''Ayah aku accident terok '' Aku terus pergi tempat dia accident and dia punya kepala dah pecah . Memang terduduk aku kat situ :'( Arwah CikLan pergi buat selama lamanya :'( 

Lepas 4bulan [22/5/2012 hari selasa] arwah nenek meninggal. Seminggu sebelum nenek pergi, aku rasa benda yang sama jugak. Yang paling takleh bla, aku buat keychain and tulis tarikh tuh. Aku taktahu knp dengan tarikh tuh. Rupa2nya petanda . 

[21/12/2012 hari jumaat] arwah dila meninggal . Dia punya jantung, buah pinggang , otak memang dah tak berfungsi. Dia hidup melalui oxygen je. Masa aku melawat dia dekat ICU tuh , aku cakap dekat dia ''Kakak , dekna datang ni tengok kakak'' And slow slow air mata dia mengalir . Tapi dia tak bergerak. Means, dia dengar apa yang kita cakap . Lepas 2 hari tuh dia pergi :'(

Kalau aku imbas balik kenangan 2012 , memang perit sangat. Dari awal tahun , pertengahan sampai lah hujung tahun straight aku hilang tiga orang yang rapat dengan aku. Al-Fatihah
Powered by Blogger.